Bila bercakap sahaja tentang coklat, mesti ada suatu tanggapan buruk tentang coklat kan... Ramai diantara kita beranggapan coklat ini menggemukkan dan sejenis makanan yang sangat tidak sihat.
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada biji koko.Kandungan biji koko sebanyak 70% dalam penghasilan coklat banyak memberikan manfaat kesihatan sebenarnya kepada pengemar setianya. Coklat atau Coklat Hitam khususnya adalah kaya dengan antioksidan yang mana ia mampu untuk membunuh kuman yang tidak elok di dalam tubuh badan manusia. Kandungan anioksidan yang terkandung dalam coklat adalah sama seperti kandungan antioksidan dalam teh hijau, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Disamping meminati coklat, para penggemar coklat sama-sama mmperolehi faedah yang sangat-sangat berguna... Dengan menikmati coklat, penggemar coklat khususnya tidak perlu bimbang mereka akan gemuk kerana sebenarnya coklat membantu kita untuk menurunkan berat badan kita. Dimana coklat adalah sangat kaya dengan serat seperti roti, gamdum dan buah-buahan, ini sekali gus dapat membantu kta untuk menurunkan berat badan sambil menikmati coklat kegemaran kita. Pengambilan coklat juga dapat memberikan impak yang sangat positif apabila kita sedang mengalami kerungsingan.
Flavanoids @ Vitamin P dalam coklat dapat membantu untuk menurunkan kolestrol dan seterusnya meningkatkan pengaliran darah keseluruh anggota badan. Pengambilan coklat secara berterusan, jantung dan organ-organ lain mendapat aliran darah yg lancar dan pastinya tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat.
Sihatkan dapat menikmati kesedapan coklat disamping kita dapat faedah daripadanya.... Namun pengambilan kuantiti coklat haruslah berpada-pada, usah terlebih ambil pula...
No comments:
Post a Comment