Antara semua-semua jenis coklat, Dark Chocolate antara yang paling digemari sepertimana dilaporkan oleh Forbes.com...Dark chocolate ini mempunyai rasa yang sangat sedap, tetapi, seperti semua coklat, ia mengandungi bahan-bahan yang dipanggil phenylethylamine dan seratonin, kedua-duanya adalah didapati secara semula jadi di dalam otak manusia. Selain itu, menurut Arthur Agatston, seorang Pakar Kardiologi Miami serta rujukan kepada penulis South Beach ,Dark Chocolate juga sihat, kerana ia mempunyai peratusan yang lebih tinggi daripada coklat susu.
Dark chocolate adalah gabungan daripada pepejal koko, lemak, gula, dan sedikit susu.. Dark Chocolate mungkin mengandungi pelbagai peratusan pepejal koko, tetapi di Eropah coklat ini mesti mengandungi sekurang-kurangnya 35% pepejal koko. Penggemar coklat ini semakin hari semakin meningkat hinggakan pengeluar kini menghasilkan bar coklat dengan peratusan setinggi 70, 80, atau 90% pepejal koko.
- Kaya dengan fiber, iron dan magnesium.
- Kaya dengan antioksidan.
- Menurut kajian, ia mampu untuk memperbaiki pengaliran darah dan memperbaiki aliran darah rendah.
- Risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah sangat-sangat rendah bagi pengguna dark chocolate ini.
- Ia juga dapat melindungi kulit kita daripada sinaran matahari.
- Dan dark chocolate dapat meningkatkan fungsi otak.
Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa koko boleh memberi manfaat kesihatan yang baik, terutamanya perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular.Tetapi tidak bermakna kita perlu mengambil banyak coklat setiap hari. Ia masih sarat dengan kalori.
Dipasaran terdapat banyak jenis dan jenama bagi dark chocolate ini. Namun apa yang penting, kita sebagai pengguna perlulah bijak memilih dan membeli barangan yang berkualiti tinggi bagi menjamin kepuasan yang terbaik.
Tepuk dada,tanya selera..Pilihan di tangan kita...
No comments:
Post a Comment