Tahukah anda biskut datang dalam pelbagai jenis...?
Biskut @ Cookies seperti mana yang kita semua tahu berbentuk kecil dan biasanya manis.... ia boleh menjadi lembut, kenyal dan ranggup. Biasanya biskut @ cookies ini menggunakan tepung. Pembuatan biskut boleh menjadi mudah dengan hanya menggunakan mentega dan gula atau menggunakan bahan yang lebih kompleks akan membuatkan biskut @ cookies ini menjadi lebih mewah rasanya...
Secara asasnya, biskut @ cookies ini dikelaskan kepada lapan (8) jenis. Kelas-kelas adalah bergantung kepada cara doh biskut @ cookies ini dibuat. Lapan jenis biskut @ cookies adalah bar cookies, drop cookies, fried cookies, molded cookies, no-bake cookies, refrigerator (ice box) cookies, rolled cookies and sandwich cookies.
- BAR COOKIES- Adunan untuk biskut @ cookies ini dicurahkan atau ditekan ke dalam bekas segi empat tepat (kadang-kadang dalam pelbagai lapisan), kemudian dibakar dan dipotong menjadi saiz segi empat. Contar bar cookies adalah Brownies dan bar lemon.
- DROP COOKIES- Adunan untuk biskut ini agak lembut, dimana sudu digunakan untuk membentuknya. Contoh adalah seperti biskut cip coklat, biskut oatmeal dan macaron.
- MOLDED COOKIES- Adunan yang dibentuk menjadi bebola atau bentuk lain sebelum dibakar. Contohnya Biskut Bulan sabit Almond .
- FRIED COOKIES- Doh ini dibentuk dan biasanya digoreng, seterusnya akan dicelup dengan coklat atau lain-lain perasa. contohnya seperti pretzel.
- PRESSED COOKIES- Diperbuat daripada doh lembut , adunan dimasukkan dalam tiub pastri dan dibentukkan ke dalam pelbagai bentuk hiasan.
- REFRIGERATOR COOKIES- Doh disejukkan sehingga ia menjadi keras. Ia kemudian dihiris dan dibakar.
- ROLLED COOKIES- Diperbuat daripada doh lebih keras yang sejuk dan kemudian dipotong menjadi bentuk dengan pemotong cookie, pisau atau roda pastri. Ginger Bread Men adalah contoh rolled cookies.
- SANDWICH COOKIES- Biskut yang mempunyai inti ditengah, diperbuat daripada dua cookies lembut dengan inti Creme vanila. Contohnya 2 keping macaron dengan lapisan ganache.
Terdapat beribu-ribu biskut @ cookies yang berbeza di dunia. Moga sedikit info ini dapat sama2 kita perolehi bagi mengenal jenis biskut @cookies kegemaran kita....
No comments:
Post a Comment